Kursus Pengendalian Makanan (Usahawan Tempatan)
5 November 2017| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu telah mengadakan Kursus Pengendalian Makanan untuk para usahawan tempatan yang disertai seramai dua puluh orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat. Kursus ini telah diadakan pada 4 November 2017 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi tujuan memberi pendedahan lagi kepada usahawan tempatan tentang cara pengendalian makanan yang betul.
Sebagai aktiviti tambahan, para peserta juga telah ditayangkan beberapa video yang berkaitan bagi membantu para peserta untuk lebih memahami kursus yang dijalankan tersebut. Di samping itu, pihak penganjur juga telah memberikan kuiz bagi mengenal pasti tahap kefahaman para peserta tentang kursus yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: